Saturday, December 18, 2010

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.




Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi melambangkan kekayaan dan kekuasaan dan kejayaan. Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik.


Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar.

2. Emas tidak boleh dibinasakan.

3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.

4. Ia sukar diperolehi.


Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.


Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda-benda tersebut akan binasa.

Apa yang pasti EMAS TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PENYIMPANNYA.

No comments:

Post a Comment