Tuesday, January 1, 2013

Catatan 2012

Alhamdulillah tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya. Syukur padaMu Ya Allah krn byk kenangan yg manis2 aku lalui. Pelbagai kejayaan demi kejayaan aku kecapi meskipun tidak dinafikan 2012 juga pelbagai cabaran aku harungi dgn penuh ketabahan.

Ya Allah, seronok sangat pengalaman yg dilalui pada tahun 2012 nie. Antara kejayaan ku pada tahun 2012 yg aku tulis dlm 101 impian yg aku nak capai ialah membawa kedua keramat hidupku (bonda dan bonda mertua) menunaikan umrah sebelum 31/05/2012 dan ianya benar2 terjadi meskipun aku tulis pada bulan April 2011 di seminar IMKK DrAzizan Osman kononnya nak capai setahun akan datang la dan ketika itu aku masih berstatus 'makan gaji' dan tiada simpanan khas utk ke sana lebih2 lagi membawa orang tua ku.

Setelah balik umrah baru aku tersedar tentang catatan 101 impian ku. Dan banyak lagi catatan 101 impian ku tercapai sebelum tarikh yg ditetapkan.

Sekali lagi aku kongsi travelog umrahku yg aku catat atas nawaitu mungkin ada antara kita boleh mengambil pengajaran atau sumber kekuatan dlm hidup.

Semoga kehadiran 2013 lagi hebat, lagi luar biasa, lagi Berani 2013.

Travelog bermula di sini..

Pada 25/02/2012 hari sabtu bersamaan dgn 3 Rabiulakhir 1433H aku berjumpa dgn Rasulullah di dalam kaabah melalui perjalanan rohani yg sangat unik. Syukur pada Mu Ya Allah.

Dan kerana peristiwa yg direzekikan kpd aku ini maka aku rindu utk melawat makam Rasulullah scr zahir. Dengan itu aku berjanji utk menunaikan umrah dgn membawa kedua keramat hidupku pada bulan 5 tahun 2012.

13/05/2012
Alhamdulillah aku merealisasikan hajat utk bawa kedua keramat hidupku ke Tanah Haram utk menunaikan umrah.

14/05/2012
Syukur pd Allah krn diberi rezeki utk solat di Raudhah berkali-kali dan bermunajat sepuas2nya serta menitiskan air mata kesyukuran tanpa kengkangan masa atau halangan pihak berkuasa Masjid Nabawi krn dilapangkan dan dimudahkan oleh Allah utk beribadat di Raudhah semahu2nya.

Selain itu aku juga diberi peluang utk mengucapkan salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW berkali2 di makam baginda serta salam kpd Khulafa ArRasyidin Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq dan Sayyidina Umar AlKhattab serta melawat permakaman Ahli Baqi'.

15/05/2012
Aku juga direzekikan utk solat di Masjid Quba' iaitu masjid yg pertama didirikan oleh Rasulullah selepas peristiwa hijrah. Barangsiapa yg mengambil wuduk dan menuju ke masjid Quba' serta menunaikan solat walaupun 2 rakaat pahalanya umpama mengerjakan umrah.

Berkesempatan juga melewati Masjid Qiblatain serta melawat medan Perang Uhud melihat keagongan Jabal Uhud yg dijanjikan oleh Allah sebagai bukit di syurga yg berada di dunia.Wallahu'alam.

16/05/2012
Dari Kota Suci Madinah AlMunawwarah menuju ke Kota Suci Mekah AlMukarramah. Dlm perjalanan singgah di Bir'u Ali utk niat umrah dan berihram krn Allah Taala.

Alhamdulillah solat isyak berjemaah di Masjidil Haram dan inilah kali pertama aku melihat Kaabah Baitullahil Haram yg menjadi kiblat seluruh umat Islam didunia ini drp dahulu, kini dan akan datang dgn mata kepala aku sendiri dimana Maha Suci Engkau Ya Allah betapa sukar utk aku mengambarkannya.

Pada malam itu juga aku menyempurnakan ibadah umrah yg wajib keatas aku.

Selepas aku bertahalul dgn membotakkan kepala maka aku bebas drp larangan dlm ihram. Alhamdulillah selesai niat, tawaf, saie, tahalul dan tertib. Syukur pada Mu Ya Allah.

17/05/2012
Alhamdulillah menunggu waktu maghrib sempat tawaf sunat. Selepas selesai waktu maghrib aku 'dikhabarkan' mempunyai rezeki utk solat 2 rakaat di Hijr Ismail dibawah pancuran emas dimana tempat yg amat mustajab berdoa. Maka aku mulakan langkah mengikut aturan langkah yg diilhamkan kpd aku sehingga aku dpt melaksanakan solat hajat di Hijr Ismail, mengucup Hajarul Aswad diwaktu puncak org ramai tawaf serta ramai jemaah menunggu waktu isyak, aku dpt berdoa di Multazam dan sebagainya. Aku bersyukur kpd Mu Ya Allah krn memberi rezeki utk aku melalui pengalaman aneh ketika di Kota Suci Madinah AlMunawwarah dan pengalaman aneh di Kota Suci Mekah AlMukarramah. Semua yg dicita2kan oleh seluruh umat Islam di dunia ini inginkan telah Engkau pilih aku utk menikmatinya. Thanks Habibullah krn membimbingku dan syukur padaMu Ya Allah atas semua kurniaan ini.

18/05/2012
Solat jumaat di Masjidil Haram yg pertama dalam hidup.
Pada sebelah malam pula dikurniakan rezeki utk solat fardhu di ruang tawaf, solat sunat hajat di Hijr Ismail di bawah pancuran emas buat kali kedua, mendekati Miqat Yamani, mendekati Maqam Ibrahim dan berdoa di Multazam hadapan pintu Kaabah. Selesai baca manzil, munjiyat, syifa', doa amalan Abu Darda', doa Nurun Nubuwwah (cahaya kenabian), Selawat Saadah dan pelbagai lagi berhadapan dengan pancuran emas yg diriwayatkan amat mustajab jika berdoa disitu dan menjadi rebutan serta cita2 seluruh umat Islam didunia ini yg mengetahui fadhilatnya.

19/05/2012
Tunai umrah kali kedua. Berniat umrah dan berihram hadiah utk arwah ayahanda di Miqat Jaaranah. Dlm perjalanan menuju ke miqat sempat singgah di kawasan Gunung Thur tempat Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq bersembunyi dlm peristiwa hijrah.

Selain itu melewati Padang Arafah dan menjejak kaki dipuncak Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa pertama kali didunia ini sempat mendoakan keampunan dan kasih sayang rumah tangga, rumahtangga sahabat2 serta permudahkan jodoh bagi sahabat2 yg mengirim doa utk tujuan berkaitan. Sempat juga melewati Muzdhalifah dan Mina.

Dlm perjalanan pulang utk memasuki Tanah Haram berkesempatan utk melihat Jabal Nur yg tinggi dan disana terdapat Gua Hiraq tempat wahyu pertama diturunkan. Melewati juga Masjid Kayu, Masjid Jin. Tapak Masjid Kucing (Masjid Abu Hurairah), Permakaman Maala yg juga tersemadinya jasad Ummu Mukminin Sayyidatina Khadijah.

Selepas solat fardhu Asar saya laksanakan tawaf sehingga selesai dan sempat add value kedua bonda bawa mereka solat di Hijr Ismail dibawah pancuran emas yg dikira tidak logik mereka boleh sampai krn tempat tersebut amat sesak dan berisiko tinggi krn faktor usia warga emas masing2 berusia 56thn dan 75thn tetapi Allah Maha Kaya direzekikan kpd siapa yg dikehendaki dan saya hanyalah asbab sahaja dan wajib mensyukuri kpd Yang Maha Musabbihul Asbab. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Maliqul Muqtadirul Wadud Ya Allah.

20/05/2012
Mengerjakan umrah kali ke3 berniat di Miqat Tanaem hadiah utk arwah ayahanda.

21/05/2012
Dipenghujung waktu ditanah haram ini keadaan krn sihat sikit faktor cuaca dan ketahanan badan yg sedikit lemah. Byk xtvt dibilik hotel shj krn kedua bonda kurang sihat dan sakit tekak. Turun beli ubat difarmasi. Ke masjidil haram pd sblh malam sahaja . Meskipun sebelah malam keadaan suhu tetap panas sekitar 33 hingga 35 darjah celcius. Panas kering. Alhamdulillah itu perkara biasa disini cuma kurang sesuai utk kita yg dtg dari Tanah Jawi nie. Apa pun syukur pada Mu Ya Allah. Demam aje bkn Allah tarik nikmat Iman, Islam dan Ihsan pun.

Besok jangkaan nak laksana ibadah umrah berniat ihram di Miqat Hudaibiah jaraknya sekitar 20KM dr Masjidil Haram. Hajat nak hadiah pd arwah sahabat yg paling tua pernah berkawan berusia 77thn meninggal 2 bln lepas yg pernah beramal khatam zikir maqam 7 lathaif dan khatam zikir tahlil 70,000 dulu yg sentiasa sebut nak pergi Mekah tetapi hajat x kesampaian.

22/05/2012
Alhamdulillah aku masih di bumi Mekah. Hari ini 1 Rejab kata Imam Shafie salah 1 malam diantara 5 malam yg Allah buka pintu langit. Aku tunggu aje krn malaikat mulhi tidak membawa sbrg ilham kpd aku. Ianya berlalu begitu sahaja. Goyang kaki la jawabnya tetapi Selawat Saadah tidak lekang di sanubariku. Kata sorang ulama tp aku lupa nama dan kitab nukilannya, barangsiapa yg membaca satu kali Selawat Saadah bersamaan 600 ribu kali selawat. Wallahu'alam itu bukan inti patinya tp selawat itu yg selesa aku amalkan dan aku terima drp mursyid ku.

Alhamdulillah selesai mengerjakan umrah kali ke4 berniat di Miqat Hudaibiah hadiah utk arwah sahabat seguru yg merupakan ikhwan Syathariah AnNufusiah iaitu Pakcik Khalid (Abdul Mutalib).

Ketika perjalanan drp Hudaibiah nak masuk semula ke Tanah Haram sempat singgah ladang unta dan beli susu unta segar dan terus minum. Haiwan penyabar dan tahan lasak didunia kata ustaz mutawwif umrah. Sblm itu aku sudah minum 1 liter beli 15 riyal kat Pasaraya Bin Dawood.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah krn diizinkan selesai juga hajat utk capai target zikir melepasi 100,000 di Kota Suci Makkah AlMukarramah ini. Tidak krn kurniaanNya nescaya aku tak mampu laksanakannya walaupun satu sebutan.Selepas solat asar 1 Rejab ehhhh kalau kiraan sebenar selepas solat asar dah masuk 2 Rejab tak kisah la. Aku mandi dgn air zam zam dibilik hotel dan selepas itu aku melangkah ke Masjidil Haram utk solat Tahiyyatul Masjid dan niat iktikaf.

Setelah hampir waktu solat maghrib aku 'dikhabarkan' mempunyai rezeki solat fardhu di saf yg paling hadapan bersama pembesar2 Mekah, Ulama2 Mekah. Apa lagi aku pun meredah lautan org yg sedang tawaf. Maka benarlah aku dikurniakan rezeki solat fardhu maghrib di saf yg paling hadapan berdekatan dgn Hajarul Aswad. Tempat sujudku dicurahkan air mawar, Hajarul Aswad disapu minyak attar, Rukun Yamani disapu minyak attar. Semua perlakuan kaabah dimuliakan dpt aku lihat dgn mata kepala sendiri Maha Suci Engkau Ya Allah sesungguhnya aku tidak menjangkakan semua ini.

Dlm keadaan solat aku 'dikasyafkan' melihat wajahku sendiri pada dinding kaabah. Apa semua nie?? Ya Allahhhhh dgn linangan airmata yg bercucuran terlintas wajah mentor aku DrAzizan Osman dlm satu ungkapan ketika RKMJ perihal kenal diri dan lagu M.Nasir "Disebalik Cermin Mimpi" mula terngiang2 dan ianya berlalu begitu sahaja.

Aku berkesempatan menjadi 10 yg terawal mengucup Hajarul Aswad slps solat fardhu maghrib dan ini kucupan kali kedua dlm hidupku. Aku bersyukur krn dimuliakan menjadi tetamuMu Ya Allah sedangkan aku bukan seorang abid (kaki beramal).

Selesai sahaja kejadian tersebut aku terus tawaf sunat 7 pusingan dlm keadaan cucuran airmata. Selesai sahaja tawaf hampir masuk waktu isyak dan aku mendekati Rukun Yamani. Tiba2 polis Masjidil Haram mengepung dan menghalang jemaah drp bertambah ramai menyentuh kaabah. Aku masih di Rukun Yamani dan dibiarkan aku disitu. Berlakulah secara automatik baki jemaah pada dinding kaabah berbaris utk mengucup Hajarul Aswad dan aku adlh org kedua terakhir mengucup Hajarul Aswad sblm masuk waktu isyak dan aku mengucup semahu2nya dlm keadaan yg amat tenang dan itu adalah pengalaman yg amat bermakna bagiku krn berpeluang mengucup Hajarul Aswad sebanyak 3 kali dlm 3 keadaan sepanjang umrah ini.

Ya Allah jika Engkau rezekikan aku mengucup batu drp syurga ini maka Engkau rezekikan sesiapa saje yg melihat wajah aku atau aku melihat wajahnya utk menjadi penghuni syurga dan sentiasa dibawah naunganMu meskipun pada zahir mereka melihat aku melompat terkial2 dan sebagainya sedangkan aku selesa bertapa dlm orang ramai.

Solat isyak hadapan Hijr Ismail saf hadapan. Selesai solat fardhu aku direzekikan lagi masuk ke kawasan Hijr Ismail dibawah pancuran emas yg mana doanya amat mustajab. Cukup lama aku di Hijr Ismail termasuk solat hajat sbyk 12 rakaat 6 kali salam. Aku sampaikan doa sahabat2 yg mengirimnya scr peribadi. Dan pengakhirannya aku baca declaration RKMJ sbyk 3 kali bawah pancuran emas.

Coretan peribadiku yg paling panjang utk hari ini. MasyaAllah mcm novel la plk.

Syukur Alhamdulillah, hak Allah utk memberi kpd sesiapa sahaja yg Dia kehendakiNya. Amin..

23/05/2012
Satu malam aku tak tido krn start jam 1am waktu Mekah aku whatsapp dgn sahabat2 yg dirindui di tanahair yg menjadi tulang belakang dlm Emas8kilo. Waktu disana jam 6am. Almaklum la diorang baru bangun. Waktu Malaysia mendahului 5 jam berbanding dgn waktu di Tanah AlHaram. Banyak la celoteh antara kami bagi melepaskan kerinduan dan ianya berlarutan sehingga jam 3am. Hari ini waktu subuh di Mekah jam 4:17am.

Selesai whatsapp dgn diorang, aku pun bergegas ke Masjidil Haram beriktikaf sehingga subuh. Duduk di saf ketiga hadapan dan seperti kebiasaan sblm solat fardhu aktiviti rutin memuliakan kaabah oleh org kuat Masjidil Haram dgn meletakkan wangi2an. Aku memerhatikan satu persatu dan ia berlalu begitu sahaja.

Selepas solat fardhu maka aku solat jenazah yg menjadi rutin disini. Setiap selepas solat fardhu pasti ada jenazah yg perlu disolatkan. Alhamdulillah..

Kaabah adlh kiblat seluruh umat Islam didunia ini. Ianya adlh kiblat kpd jasad dan kiblat kpd hati ialah Zat AlHaq, Zat Yang Maha Benar, Zat Wajibal Wujud Khaliqul Alam yakni Zat Yang Wajib Wujud Pencipta Sekalian Alam. Umat Islam wajib mengerti perihal ini. Kaabah hanyalah susunan batu yg dimuliakan Allah dan kita wajib memuliakannya. Jika solat sekadar qiam, rukuk dan sujud pada batu tetapi hati tidak bermusyahadah kpd Allah ianya tidak ubah seperti penyembah berhala yg diperbuat drp batu. Pisau lagi mulia krn sujud pada batu pengasah ketika xtvt mengasah pisau. Umat Islam harus fahami sedalam2nya hakikat tersebut agar tauhidnya utuh dan ulama2 serta ustaz2 perlu main peranan dan bukan skdr berbalah berdebat persoalan hukum hakam khilaf ulama padahal sudah digariskan oleh ulama terdahulu lagi sehingga mengetepikan persoalan tauhid atau usuluddin yg menyentuh perihal iman. Maka mula berlaku tuduh menuduh ini haram itu haram, ini bidaah itu bidaah sehingga akhir2 ini berlaku kucar kacir dlm masyarakat.

Rukun Agama ada 3 perkara iaitu Iman, Islam dan Ihsan sebagaimana peristiwa Jibril bertemu lutut dgn Rasulullah dan bertanya perihal Iman, Islam dan Ihsan.

Perihal Iman dipelajari dlm ilmu tauhid atau usuluddin, perihal Islam dlm ilmu syariat atau fiqh dan perihal Ihsan dlm ilmu tasawuf. Jadi kenapa kita perlu ambil yg ini dan buang yg itu dan ambil yg itu buang yg ini. Perlengkaplah 3perkara ini wahai Mohd Hasnizam Hj Muda agar kamu menjadi orang yg beragama. Selepas solat fardhu asar, aku melihat kaabah tanpa sebarang kata tanpa sebarang bacaan amal. Lama juga aku merenung tanpa aku sedari tiba2 dada menjadi sebak dan air mata mengalir di pipi. Ini bermakna perpisahan bakal berlaku. Hanya 3 waktu solat fardhu sahaja lagi yg masih berbaki iaitu maghrib, isyak dan subuh utk aku di Masjidil Haram dlm sesi umrah kali ini. Besok pagi aku akan bertolak ke Terminal Haji King Abdul Aziz di Jeddah.

Ya Allah, Engkau jemput la aku lagi menjadi tetamu Mu utk akan datang kemari. Wang ringgit berjuta2, emas berkepuk2, badan sihat cergas dan cerdas sekalipun jika Engkau tidak menjemput aku nescaya aku tidak mampu hadir tanpa rahmat, hidayah dan inayah Mu Ya Allah.

Antal Hadi Antal Haq,
Laisal Hadi Illa Hu.
(cewahhh lagu M.Nasir la plk)

24/05/2012
Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahannya. Itu adalah sunnatullah yakni ketetapan Allah yg wajib berlaku samada ianya berlaku dulu atau kemudian sahaja.

Begitu juga perjalanan umrah ini. Hari ini adlh hari safar aku. Sebagai seorang musafir, hari ini akan dihabiskan dlm perjalanan sahaja. Sama juga hidup didunia ini adlh dlm perjalanan menuju ke negeri akhirat. Mereka yg hatinya tidur tidak akan nampak apa nikmatnya dlm perjalanan. Sampai tetap sampai ke destinasi cuma dlm keadaan bersedia atau terpinga2 sahaja.

Selesai solat subuh berjemaah di Masjidil Haram, aku dan kedua bondaku melakukan tawaf wida' iaitu tawaf perpisahan atau tawaf selamat tinggal. Keadaan tawaf hari ini luar drp kebiasaan krn terlalu ramai yg tawaf sehingga mengambil masa yg lama utk dihabiskan tidak seperti sebelumnya yg sentiasa dipermudahkan. Seolah2 perpisahan ini sukar dilepaskan menyebabkan aku kepenatan dalam kesayuan meninggalkan Baitullah. Aku pasti akan merindui saat2 manis sepanjang aku berada disini. Salam perpisahan dan InsyaAllah kita akn jumpa lagi wahai 2 kota suci yg dimuliakan Allah.

Selesai tawaf aku dan rombongan terus bergegas menaiki bas menuju ke Jeddah utk urusan penerbangan balik ke Malaysia. Alhamdulillah semuanya selesai urusan pasport dan bagasi, sekarang aku dlm penerbangan pulang ke Malaysia yg mengambil masa 9jam utk sampai ke tanahair.

Maka Nota Perjalanan Umrahku sudah hampir ke noktah yg terakhir. Apa yg dpt aku simpulkan ialah hidup ini cukup mudah jika kita faham siapa kita dan peranan hidup kita. Sesekali rasa terkilan dgn sikap sesetengah org yg melabelkan kota suci dgn sesuatu yg negatif. Ramai org yg pergi haji atau umrah balik ke tanahair menceritakan perihal negatif dan menanam benih negatif dlm 'kepala hotak' bakal tetamu Allah.

Contoh, jika kau pergi Mekah jaga molek selipar nanti hilang, masuk pintu tgk molek nanti sesat x jumpa jalan nak balik hotel, jgn pergi kat Hijr Ismail atau Hajarul Aswad sbb ramai org nanti mati kena pijak lagi pun sunat aje, ada org datang x nampak kaabah, ada org dtg Mekah kena azab sbb byk dosa, hati2 sana ramai pengambil kesempatan bla bla bla dan bla bla bla serta bla bla bla. Ini membuatkan mindset bakal tetamu dlm ketakutan utk datang Mekah. Tidak dinafikan ianya berlaku pada sesetengah individu tetapi jgn 'dihighlightkan' sedangkan perkara yg baik dan amat baik lagi banyak. Allah telah berfirman "Aku sebagaimana menurut sangkaan hambaKu". Kalau dlm sains metafizik dipanggil Hukum Tarikan. Ini adlh nota peribadiku, catatan utk ingatan kpd diriku Mohd Hasnizam Hj Muda dan anak cucu keturunanku. Seandainya ia terbuka drp lipatan rahsia atau tersebar ke pengetahuan umum atas faktor mengambil kebaikan serta manfaat atau seangkatan dengannya maka aku merestui, meredhai dan menghalalkan penyebarannya.

Didalamnya juga terkandung perihal rahsia sulit yg x dpt diterima oleh akal. Seandainya berlaku tentangan atau fitnah ia tidak akan mengugat kefahamanku dan keyakinanku krn ini bukan nukilan, cerpen, novel, cerita animasi atau sebagainya. Ini adalah catatan perjalanan hidupku dan aku menulis pada tarikh tersebut atau sehari selepas tarikh tersebut.

Dengan Asma Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Tiada Yang Maujud Pada Hakikatnya Melainkan Allah Dan Hakikat Nur Muhammad Adalah Tajalli Allah Jua. Sesungguhnya catatan ini adalah benar. Wahai keturunanku, jadikanlah Islam didalam dadamu atas kebenaran dan bukan kerana Islam keturunan. Maka berakhirlah catatan Perjalanan Umrahku 13/05/2012 hingga 25/05/2012 dgn pertolongan Allah jua. (Dalam penerbangan balik ke Malaysia xtau diruang udara negara mana, mungkin India atau mungkin Laut Hindi. Allah Yang Maha Mengetahuinya. Apa pun waktu Mekah 7:48 malam dan waktu Malaysia 12:45 awal pagi)

Ya Allah jika ia haq maka Engkau kekalkan catatan ini utk anak cucu keturunanku dan sekiranya ia batil maka Engkau binasakan catatan ini drp muka bumi ini termasuk dlm simpananku. Wassalam.

No comments:

Post a Comment